Thursday, March 26, 2009

Bagaimana pemahaman terhadap bahasa bukan lisan ini memberi manfaat kepada diri anda?

  1. Menambah baik pemahaman bagi seseorang yang sedang menjalinkan hubungan.

~Bagi pasangan kekasih yang sedang bertemu janji akan berasa keliru dan tidak dapat mengenal pasti perasaan atau minat pasangan masing-masing.Ini adalah disebabkan oleh setiap pengucapan seseorang tidak semestinya sama dengan perlakuannya. Sebab lain adalah kadangkala mereka tidak mengambil endah terhadap apa yang cuba disampaikan oleh pasangan mereka melalui isyarat bahasa badan.Dengan lebih tumpuan terhadap setiap bahagian badan yang membalas, anda boleh mengelak dari berlakunya kekeliruan dan keraguan.

~Perempuan terutamanya menunjukkan bahawa mereka berminat adalah dengan memintai-mintal rambut dengan jari dan mengerakkan bibir. Ini adalah amat jelas sekali, oleh itu perhatikan pergerakan mata mereka dan dimana bahunya bersandar.

~Apabila anda berbual dengan seorang lelaki, melihat bagaimana dia berdiri, di mana dia meletakkan dia tangannya dan juga pandangan mata adalah "tingkap untuk ke jiwa".

2. Seseorang akan selalu menjadi pemerhati.

~Mengtahui bahawa gerak-geri badan anda selalu di perhatikan dan juga keterampilan diri jua akan memberi suatu kelebihan pada diri anda. Anda akan lebih membuat persediaan diri terutama apabila menemui seseorang yang belum dikenali contaohnya menemui pelanggan atau menghadiri temuduga untuk mendapatkan pekerjaan. Anda boleh mensyaratkan badan anda supaya bertenang dengan menyesuaikan kedudukan anda berdiri, keadaan duduk dan pergerakan memberikan permulaan bicara yang baik.

3. Mengetahui apa yang difikirkan oleh seseorang.

~ Apabila anda adalah menghadiri satu temubual atau mesyuarat dengan seseorang yang baru dikenali, anda boleh meneka dan mengagak samada dia berminat terhadap apa yang ditawarkan atau diucapkan oleh anda . Anda boleh mengetahui samada dia mendengar atau boleh membayangkan didalam pemikirannya sendiri. Ini akan membantu anda menngesan satu lagi strategi bagi mempengaruhi pola pemikiran seseorang untuk menyebelahi diri anda.

4.Keupayaan Untuk "klik" atau mendapat persetujuan serta merta.

~Kebolehan anda untuk memberi keserasian dan keselesaan terhadap seseorang membolehkan anda menghantar mesej secara tidak langsung bahawa anda seorang yang mudah untuk disenangi dan konsisten terhadap apa yang dilakukan walaupun seseorn itu tidak mengenali anda.

~Jadikan posisi diri anda supaya tidak berbual secara bersemuka dengannya, ini membuatkan seseorang itu akan lebih menumpukan kepada gerak-geri isyarat badan yang ditonjolkan oleh anda dan juga dirinya.Anda boleh menggunakan kelebihan ini bagi kepentingan anda sendiri.

"Body language is essential for an actress, even if you don't use your body in an athletic way. Just to be free, to use it like your voice. A body can be small and have incredible violence. A body talks." - Anne Parillaud .

+ Oleh itu beri juga perhatian terhadap pergerakan yang secara kebetulan ketika berkomunikasi . Belajar dan belatihlah selalu untuk menggunakan bahasa badan ini, mungkin anda juga akan menjadi mahir dengan kelebihan yang boleh diperolehi ini....[^_^]..

+Rujukan diambil dari laman web seperti:

1. http://www.about-personal-growth.com/body-language.html - Body language is an important basis of communication.

2. http://www.youtube.com/watch?v=Sa3fYw4tslY&feature=channel - How to Read Body Language : Tips for Reading Body Language

3. http://www.youtube.com/watch?v=ccy5F0Sx31w&feature=channel - How to Read Body Language : How to Show Subtle Control with Body Language

+ Dan bolehlah melayari link laman web youtube diatas untuk lebih faham.

No comments:

Post a Comment