Tuesday, March 24, 2009

NON VERBAL ‘ BODY LANGUAGE ’

Mengenalpasti Kemahiran Komunikasi Bukan Lisan iaitu Bahasa Badan (body languange) yang memberi penumpuan kepada :

BUDAYA

PENGENALAN:
Menurut Albert Mehrabian, seorang pengkaji yang merintis kajian tentang bahasa badan sekitar tahun 1950an, dalam komunikasi antara manusia, impak kata-kata dalam menyampaikan sesuatu mesej cuma sekitar 7%. 38% bergantung kepada suara; intonasi, kelantangan dan gaya percakapan. Lebih separuh, iaitu 55% lagi bergantung kepada bahasa badan; memek muka, gerakan tangan dan kaki serta gerakan badan.

Oleh kerana 93% daripada mesej yang cuba disampaikan dalam komunikasi adalah bukan verbal, bukankah elok kita belajar cara yang betul untuk ‘bertutur’ dan ‘mendengar’ bahasa badan? Banyak yang boleh kita pelajari sebenarnya, kerana kata-kata yang diucapkan orang selalu tak menggambarkan apa yang ada di hatinya.

No comments:

Post a Comment