Thursday, March 26, 2009

..::KEPENTINGAN BAHASA BADAN ::..

Bahasa badan menjadi suatu subjek yang penting yang boleh diaplikasikan dalam semua subjek bahasa yang lain. Kerana bahasa badan itu lahir secara benar dan berlaku secara benar. Pendek kata, apa kita tuturkan selalunya tidak menggambarkan dengan tepat apa yang ingin kita sampaikan.

  • Pengetahuan mengenai bahasa badan berguna untuk melancarkan perjalanan komunikasi.
  • Ia membantu seseorang memahami orang yang berbual dengan kita.
  • Belajar membaca bahasa badan membantu seseorng untuk membaca gerak-geri dan memahami seseorang itu luar dan dalam.
  • Belajar mengawal bahasa badan diri sendiri bagi membantu seseorang itu berkomunikasi dengan lebih efektif.
  • Mengenali mesej yang ingin disampaikan oleh seseorang.

Melalui pergerakan badan ini juka kita boleh mengenali mesej yang ingin disampaikan oleh seseorang.Antara contohnya mesej yang boleh dikenal pasti melalui bahasa badan :

=>Berpeluk tubuh : boleh jadi negatif, tidak selesa,bosan.

=>Berpalang kaki : boleh jadi negatif, tidak selesa.

=>Mengalih kaki : Tension, stress.

=>Memulas tangan-tangan : Kekecewaan,tidak berpuas hati, tidak selesa

=>Tangan di belakang kepala :Amat yakin. Boleh dibanggakan.

=>Bersandar ke belakang : Boleh jadi negatif.

=>Duduk ke hadapan : Menunjukkan minat.

=> Menggigit jari : Penipuan, menahan.

=> Menaikkan kening:Kehairanan. Terkejut. Kejutan. Disertai dengan satu anggukan,

adalah sapaan.

=>Tersenyum dengan satu kening dinaikkan: tidak percaya.

=> Ambivalen dengan satu kening menaikkan:Terkejut. Ketidakpercayaan. angkuh.

=>Mengalihkan kaki atau lutut ke arah orang yang lain mungkin menunjukkan minat kepada orang tersebut ataupun penerimaan.

=>Mengalihkan badan dari arah orang yang sedang bercakap mungkin bermakna anda tidak minat berbual dengan orang itu tetapi lebih minat berbual dengan orang yang badan anda berhadap.



No comments:

Post a Comment