Friday, March 27, 2009

MESEJ-MESEJ LAIN BAHASA ISYARAT BADAN

1)Penipuan



Melalui gerak-geri isyarat badan juga seseorang bolen mengenal suatu penipuan atau pembohongan seseorang pengucap. Ada juga yang mengatakan bahawa, “ mata tidak boleh menipu”. Percaya tidak, mata juga merupakan anggota badan yang boleh berbicara dengan pelbagai bahasa, pelbagai situasi, pelbagai makna.


~ Cuba menghentikan perbualan.

~ Mengusap kawasan mulutnya ketika bercakap
~ Menyentuh hidungnya
~ Menggosok matanya
~ Menarik cuping telinganya
~ Menggaru tengkuknya
~ Menarik kolar bajunya
~ Memasukkan jari ke dalam mulutnya

~ menyembunyikan tapak tangan










+ anda juga boleh merujuk link laman web ini http://www.youtube.com/watch?v=pXRQyJbMhkA&feature=channel - How to Read Body Language : How to Tell if Someone is Lying with.



2.Berfikir


~Jari menghampiri bahagian atas mulut menunjukkan seseorang itu sedang membuat analisis kritikal. Seperti : Shall I? Shalln't I? Will he? Won't he?





~ Membelai janggut (Stroking of the beard).Biasanya dilihat kepada lelaki,ianya juga memberi satu isyarat dan selalunya ianya adalah satu penilaian positif. Ia adalah satu masa untuk proses berfikir manakala wanita umumnya menyentuh bahagian dagu dengan ibu jari dan jari telunjuk.





~Bagi yang memakai cermin mata, ketika merek secara tidak sedar menghisap batang pada cermin mata adalah satu gerak isyarat penilaian positif bagi idea-idea anda, cadangan, informasi maklumat atau permintaan seseorang.



3. Resah atau tidak yakin dan sebaliknya.

~Tangan yang melekap atau berpadu diletakkan atas sebuah meja atau sebuah kerusi padanya mungkin menunjukkan kebimbangan, sesuatu yang tidak selamat atau kebimbangan. Jika kancingan tangan longgar ia lebih menggambarkan suatu jangkaan dan jika kancingan tangan dengan ketat ianya lebih kepada kebimbangan.
~Tergenggam tangan di bahagian hadapan badan adalah satu isyarat sawar, untuk mencari keyakinan. Jika ibu jari berpusing ia akan menjadi satu gerak isyarat bagi keyakinan.
~Lebih tinggi tangan bersatu, lebih banyak perasaan keyakinan tersebut. Mereka yakin bahawa diri mereka betul dan orang lain salah, atau mereka meyakinkan bahawa anda adalah betul? Ia akan bergantung pada apa yang berlaku.




No comments:

Post a Comment