Thursday, March 26, 2009

Bagaimana untuk meningkatkan bacaan dan pengenalan terhadap bahasa gerak-geri badan?

  1. Memerhati manusia

~Perhatikan seseorang itu apabila bercakap. Kenalpasti keadaan spontan bagi bahagian badan mereka.

~Bagaimana dia berdiri atau melangkah apabila dia menekankan pada perkataan tertentu? Ke mana matanya bergerak ? Lihat pada pergerakan matanya. Matanya akan bergerak apabila dia cuba mengingat kembali, membayangkan atau mebgeluarkan sesuatu dalam kepalanya atau ingatannya. Mengawasinya apabila dia sedang mendengar.

~Menurut kajian-kajian di NLP, mereka telah membuktikan ketika seseorang mencondongkan kepala mereka ke satu bahagian, mereka sebenarnya adalah mendengar perbincangan mereka diri . Apabila mereka menundukkan kepala mereka, menunjukkan mereka berasa sesuatu dalam hati.
Setiap pergerakan bagi bahagian badan adalah satu tanda petunjuk kepada apa yang seseorang sedang pikirkan.

2.Melihat semula gaya khusus yang anda perolehi .

~Anda mungkin memerlukan bantuan daripada seseorang untuk jadi perhati kepada anda bagi mengenalpasti jika anda mempunyai mata tanda-tanda yang anda gemar atau sering lakukan dan juga mimik muka. Anda boleh menjadikan ianya sebagai satu tanda untuk mematuhi diri anda sendiri setiap kali membuat penyesuai gerak badan, ketika anda didalam perbualan, mendengar atau sedang berfikir.

~Buat satu keputusan untuk lebih bersedia. Pemahaman tentang diri anda sendiri akan lebih membantu anda mentafsirkan orang lain terhadap apa yang sebenarnya ingi disampaikan oleh seseorng pengucap.

3.Buat latihan pemadanan atau keserasian terhadap diri orang lain.

~Buat latihan pemadanan postur seseorang, kedudukan anggota badan dan gerak isyarat semasa berinteraksi. Kemudian cuba melakukan sesuatu yang berlawanan dengannya. Apabila dia menyilangkan kakinya ke sebelah kanan, anda pula menyilangkan kaki anda ke sebelah kiri.

~Apa yang anda boleh perolehi melalui latihan bagi memberi keserasian terhadap orang lain ialah dapat mewujudkan hubungan yang baik antara satu sama lain, dalam erti kata lain ialah "selari" atau merasakan anda berada sama taraf dan secocok antara satu sama lain.

~Ia akan menjadi bertentangan jika anda tidak serasi dengan postur dan fisiologinya.Sekali anda dapat membina hubungan yang baik dan keserasian ini, anda boleh mengawal dirinya tanpa menyedari kedudukan sebenar diri anda.

+ Rujukan diambil dari laman web seperti:

1.http://www.about-personal-growth.com/body-language.html - Body language is an important basis of communication.

2.http://www.youtube.com/watch?v=zhU5QZPdZ70 - How to Read Body Language : How to Flirt with Body Language.

3.http://www.youtube.com/watch?v=0d4WVesUhi8&feature=channel - How to Read Body Language : Examples of Insecure Body Language

4. http://www.youtube.com/watch?v=1LgVgklOYCQ&feature=channel - How to Read Body Language : Appearing Relaxed & Confident in Body Language.

+Untuk lebih jelas lagi boleh la melayai laman web link diatas untuk penjelasan berupa video di Youtube.com.

No comments:

Post a Comment