Friday, March 27, 2009

.::KESIMPULAN::.

  • Untuk menggunakan kaedah bahasa badan, kita perlu memahami konsep bahasa badan dengan baik. Dan selalunya bahasa badan setiap orang berbeza-beza. Kerana itulah, selalu timbul salah faham.
  • Setiap orang digalakkan untuk mengetahui bahasa badan kerana ia salah satu cara untuk membantu kita berkomunikasi dengan baik.
  • Dengan mengenali bahasa badan ini juga seseorang akan lebih memahami apa yang sebenarnya mesej yang ingin disampaikan oleh seseorng pennyampai.
  • Dengan hanya melihat bahasa badan yang dilakukan, kita sudah boleh mengetahui individu tersebut datang dari negara dan budaya yang mana.
  • Meningkatkan pengetahuan yang lebih mendalam tentang budaya orang lain.

MESEJ-MESEJ LAIN BAHASA ISYARAT BADAN

1)Penipuan



Melalui gerak-geri isyarat badan juga seseorang bolen mengenal suatu penipuan atau pembohongan seseorang pengucap. Ada juga yang mengatakan bahawa, “ mata tidak boleh menipu”. Percaya tidak, mata juga merupakan anggota badan yang boleh berbicara dengan pelbagai bahasa, pelbagai situasi, pelbagai makna.


~ Cuba menghentikan perbualan.

~ Mengusap kawasan mulutnya ketika bercakap
~ Menyentuh hidungnya
~ Menggosok matanya
~ Menarik cuping telinganya
~ Menggaru tengkuknya
~ Menarik kolar bajunya
~ Memasukkan jari ke dalam mulutnya

~ menyembunyikan tapak tangan










+ anda juga boleh merujuk link laman web ini http://www.youtube.com/watch?v=pXRQyJbMhkA&feature=channel - How to Read Body Language : How to Tell if Someone is Lying with.



2.Berfikir


~Jari menghampiri bahagian atas mulut menunjukkan seseorang itu sedang membuat analisis kritikal. Seperti : Shall I? Shalln't I? Will he? Won't he?





~ Membelai janggut (Stroking of the beard).Biasanya dilihat kepada lelaki,ianya juga memberi satu isyarat dan selalunya ianya adalah satu penilaian positif. Ia adalah satu masa untuk proses berfikir manakala wanita umumnya menyentuh bahagian dagu dengan ibu jari dan jari telunjuk.





~Bagi yang memakai cermin mata, ketika merek secara tidak sedar menghisap batang pada cermin mata adalah satu gerak isyarat penilaian positif bagi idea-idea anda, cadangan, informasi maklumat atau permintaan seseorang.



3. Resah atau tidak yakin dan sebaliknya.

~Tangan yang melekap atau berpadu diletakkan atas sebuah meja atau sebuah kerusi padanya mungkin menunjukkan kebimbangan, sesuatu yang tidak selamat atau kebimbangan. Jika kancingan tangan longgar ia lebih menggambarkan suatu jangkaan dan jika kancingan tangan dengan ketat ianya lebih kepada kebimbangan.
~Tergenggam tangan di bahagian hadapan badan adalah satu isyarat sawar, untuk mencari keyakinan. Jika ibu jari berpusing ia akan menjadi satu gerak isyarat bagi keyakinan.
~Lebih tinggi tangan bersatu, lebih banyak perasaan keyakinan tersebut. Mereka yakin bahawa diri mereka betul dan orang lain salah, atau mereka meyakinkan bahawa anda adalah betul? Ia akan bergantung pada apa yang berlaku.




Thursday, March 26, 2009

Bagaimana pemahaman terhadap bahasa bukan lisan ini memberi manfaat kepada diri anda?

  1. Menambah baik pemahaman bagi seseorang yang sedang menjalinkan hubungan.

~Bagi pasangan kekasih yang sedang bertemu janji akan berasa keliru dan tidak dapat mengenal pasti perasaan atau minat pasangan masing-masing.Ini adalah disebabkan oleh setiap pengucapan seseorang tidak semestinya sama dengan perlakuannya. Sebab lain adalah kadangkala mereka tidak mengambil endah terhadap apa yang cuba disampaikan oleh pasangan mereka melalui isyarat bahasa badan.Dengan lebih tumpuan terhadap setiap bahagian badan yang membalas, anda boleh mengelak dari berlakunya kekeliruan dan keraguan.

~Perempuan terutamanya menunjukkan bahawa mereka berminat adalah dengan memintai-mintal rambut dengan jari dan mengerakkan bibir. Ini adalah amat jelas sekali, oleh itu perhatikan pergerakan mata mereka dan dimana bahunya bersandar.

~Apabila anda berbual dengan seorang lelaki, melihat bagaimana dia berdiri, di mana dia meletakkan dia tangannya dan juga pandangan mata adalah "tingkap untuk ke jiwa".

2. Seseorang akan selalu menjadi pemerhati.

~Mengtahui bahawa gerak-geri badan anda selalu di perhatikan dan juga keterampilan diri jua akan memberi suatu kelebihan pada diri anda. Anda akan lebih membuat persediaan diri terutama apabila menemui seseorang yang belum dikenali contaohnya menemui pelanggan atau menghadiri temuduga untuk mendapatkan pekerjaan. Anda boleh mensyaratkan badan anda supaya bertenang dengan menyesuaikan kedudukan anda berdiri, keadaan duduk dan pergerakan memberikan permulaan bicara yang baik.

3. Mengetahui apa yang difikirkan oleh seseorang.

~ Apabila anda adalah menghadiri satu temubual atau mesyuarat dengan seseorang yang baru dikenali, anda boleh meneka dan mengagak samada dia berminat terhadap apa yang ditawarkan atau diucapkan oleh anda . Anda boleh mengetahui samada dia mendengar atau boleh membayangkan didalam pemikirannya sendiri. Ini akan membantu anda menngesan satu lagi strategi bagi mempengaruhi pola pemikiran seseorang untuk menyebelahi diri anda.

4.Keupayaan Untuk "klik" atau mendapat persetujuan serta merta.

~Kebolehan anda untuk memberi keserasian dan keselesaan terhadap seseorang membolehkan anda menghantar mesej secara tidak langsung bahawa anda seorang yang mudah untuk disenangi dan konsisten terhadap apa yang dilakukan walaupun seseorn itu tidak mengenali anda.

~Jadikan posisi diri anda supaya tidak berbual secara bersemuka dengannya, ini membuatkan seseorang itu akan lebih menumpukan kepada gerak-geri isyarat badan yang ditonjolkan oleh anda dan juga dirinya.Anda boleh menggunakan kelebihan ini bagi kepentingan anda sendiri.

"Body language is essential for an actress, even if you don't use your body in an athletic way. Just to be free, to use it like your voice. A body can be small and have incredible violence. A body talks." - Anne Parillaud .

+ Oleh itu beri juga perhatian terhadap pergerakan yang secara kebetulan ketika berkomunikasi . Belajar dan belatihlah selalu untuk menggunakan bahasa badan ini, mungkin anda juga akan menjadi mahir dengan kelebihan yang boleh diperolehi ini....[^_^]..

+Rujukan diambil dari laman web seperti:

1. http://www.about-personal-growth.com/body-language.html - Body language is an important basis of communication.

2. http://www.youtube.com/watch?v=Sa3fYw4tslY&feature=channel - How to Read Body Language : Tips for Reading Body Language

3. http://www.youtube.com/watch?v=ccy5F0Sx31w&feature=channel - How to Read Body Language : How to Show Subtle Control with Body Language

+ Dan bolehlah melayari link laman web youtube diatas untuk lebih faham.

Bagaimana untuk meningkatkan bacaan dan pengenalan terhadap bahasa gerak-geri badan?

  1. Memerhati manusia

~Perhatikan seseorang itu apabila bercakap. Kenalpasti keadaan spontan bagi bahagian badan mereka.

~Bagaimana dia berdiri atau melangkah apabila dia menekankan pada perkataan tertentu? Ke mana matanya bergerak ? Lihat pada pergerakan matanya. Matanya akan bergerak apabila dia cuba mengingat kembali, membayangkan atau mebgeluarkan sesuatu dalam kepalanya atau ingatannya. Mengawasinya apabila dia sedang mendengar.

~Menurut kajian-kajian di NLP, mereka telah membuktikan ketika seseorang mencondongkan kepala mereka ke satu bahagian, mereka sebenarnya adalah mendengar perbincangan mereka diri . Apabila mereka menundukkan kepala mereka, menunjukkan mereka berasa sesuatu dalam hati.
Setiap pergerakan bagi bahagian badan adalah satu tanda petunjuk kepada apa yang seseorang sedang pikirkan.

2.Melihat semula gaya khusus yang anda perolehi .

~Anda mungkin memerlukan bantuan daripada seseorang untuk jadi perhati kepada anda bagi mengenalpasti jika anda mempunyai mata tanda-tanda yang anda gemar atau sering lakukan dan juga mimik muka. Anda boleh menjadikan ianya sebagai satu tanda untuk mematuhi diri anda sendiri setiap kali membuat penyesuai gerak badan, ketika anda didalam perbualan, mendengar atau sedang berfikir.

~Buat satu keputusan untuk lebih bersedia. Pemahaman tentang diri anda sendiri akan lebih membantu anda mentafsirkan orang lain terhadap apa yang sebenarnya ingi disampaikan oleh seseorng pengucap.

3.Buat latihan pemadanan atau keserasian terhadap diri orang lain.

~Buat latihan pemadanan postur seseorang, kedudukan anggota badan dan gerak isyarat semasa berinteraksi. Kemudian cuba melakukan sesuatu yang berlawanan dengannya. Apabila dia menyilangkan kakinya ke sebelah kanan, anda pula menyilangkan kaki anda ke sebelah kiri.

~Apa yang anda boleh perolehi melalui latihan bagi memberi keserasian terhadap orang lain ialah dapat mewujudkan hubungan yang baik antara satu sama lain, dalam erti kata lain ialah "selari" atau merasakan anda berada sama taraf dan secocok antara satu sama lain.

~Ia akan menjadi bertentangan jika anda tidak serasi dengan postur dan fisiologinya.Sekali anda dapat membina hubungan yang baik dan keserasian ini, anda boleh mengawal dirinya tanpa menyedari kedudukan sebenar diri anda.

+ Rujukan diambil dari laman web seperti:

1.http://www.about-personal-growth.com/body-language.html - Body language is an important basis of communication.

2.http://www.youtube.com/watch?v=zhU5QZPdZ70 - How to Read Body Language : How to Flirt with Body Language.

3.http://www.youtube.com/watch?v=0d4WVesUhi8&feature=channel - How to Read Body Language : Examples of Insecure Body Language

4. http://www.youtube.com/watch?v=1LgVgklOYCQ&feature=channel - How to Read Body Language : Appearing Relaxed & Confident in Body Language.

+Untuk lebih jelas lagi boleh la melayai laman web link diatas untuk penjelasan berupa video di Youtube.com.

..::KEPENTINGAN BAHASA BADAN ::..

Bahasa badan menjadi suatu subjek yang penting yang boleh diaplikasikan dalam semua subjek bahasa yang lain. Kerana bahasa badan itu lahir secara benar dan berlaku secara benar. Pendek kata, apa kita tuturkan selalunya tidak menggambarkan dengan tepat apa yang ingin kita sampaikan.

  • Pengetahuan mengenai bahasa badan berguna untuk melancarkan perjalanan komunikasi.
  • Ia membantu seseorang memahami orang yang berbual dengan kita.
  • Belajar membaca bahasa badan membantu seseorng untuk membaca gerak-geri dan memahami seseorang itu luar dan dalam.
  • Belajar mengawal bahasa badan diri sendiri bagi membantu seseorang itu berkomunikasi dengan lebih efektif.
  • Mengenali mesej yang ingin disampaikan oleh seseorang.

Melalui pergerakan badan ini juka kita boleh mengenali mesej yang ingin disampaikan oleh seseorang.Antara contohnya mesej yang boleh dikenal pasti melalui bahasa badan :

=>Berpeluk tubuh : boleh jadi negatif, tidak selesa,bosan.

=>Berpalang kaki : boleh jadi negatif, tidak selesa.

=>Mengalih kaki : Tension, stress.

=>Memulas tangan-tangan : Kekecewaan,tidak berpuas hati, tidak selesa

=>Tangan di belakang kepala :Amat yakin. Boleh dibanggakan.

=>Bersandar ke belakang : Boleh jadi negatif.

=>Duduk ke hadapan : Menunjukkan minat.

=> Menggigit jari : Penipuan, menahan.

=> Menaikkan kening:Kehairanan. Terkejut. Kejutan. Disertai dengan satu anggukan,

adalah sapaan.

=>Tersenyum dengan satu kening dinaikkan: tidak percaya.

=> Ambivalen dengan satu kening menaikkan:Terkejut. Ketidakpercayaan. angkuh.

=>Mengalihkan kaki atau lutut ke arah orang yang lain mungkin menunjukkan minat kepada orang tersebut ataupun penerimaan.

=>Mengalihkan badan dari arah orang yang sedang bercakap mungkin bermakna anda tidak minat berbual dengan orang itu tetapi lebih minat berbual dengan orang yang badan anda berhadap.



..::BAHASA BADAN DARI SEGI BUDAYA::..

PERBEZAAN GERAK ISYARAT ANTARA BUDAYA DAN NEGARA


1. BERSALAMAN,PERMULAAN BICARA(GREETING)
United States dan Kanada: Bersalaman dengan kukuh, erat, padat.
  • Perancis: Lembut, bersalam dengan cepat.
  • Jepun: Bersalaman dengan huluran tangan yang penuh sehingga ke lengan di ikuti dengan tunduk hormat.
  • Jerman: Bersalaman dengan kukuh dan erat. Lelaki tradisionalnya akan disertakan dengan sedikit tundukan.
  • Timur Tengah: Bersalaman sambil sebelah tangan lagi akan meletakkan ke bahu orang yang di salam dan akan menepuk – nepuk lembut.
  • China : bersamaan dengan adat barat goncangan tangan adalah bentuk biasa sapaan atau salaman sering dengan anggukan kepala atau busur sedikit adalah memadai.
  • Filipina : bersalaman di antara lelaki dan wanita adalah pekara biasa.mereka juga menyapa seseorng dengan satu sama lain dengan "kilat kening" yang adalah semata-mata satu ekspresi bagi menggerakkan kening.
  • Taiwan : Adat barat bersalaman dengan erat memberi sudah menular dengan cepat dan adalah kini mungkin bentuk biasa sapaan, tetapi sering satu anggukan bagi kepala adalah memadai.
  • Middle East: Jabat tangan dengan kawalan bebas meletakkan lengan bagi orang lain.


  • 2. TUNDUK

    • Asia: Kebanyakan orang Asia, menunduk semasa memulakan salam. Ini adalah budaya mereka sejak turun temurun. Masyarakat Asia mempunyai nilai – nilai menghormati yang sangat tinggi .
    • Korea : ~sesama mereka sendiri,merek akan tunduk mengikut tradisi mereka bagi bersalam atau bersapa,begitu juga apabila mengucapkan selamat tinggal. ~Manakala apabila dengan orang luar mereka bersalaman bagi lelaki berlainan pula dengan wanita yang tidak bersalaman. ~Elak dari bercium.
    • Jepun: orang jepun menunduk sambil tangannya akan berada disisinya. Lurus ke bawah, dan tundukan itu membentuk keadaan pada 90 darjah dan tepat kepada orang yang ingin di hormat.
    • Cambodia dan Laos: Orang dari Cambodia dan Laos tunduk dengan tangan berada di hadapan dada.
    • Pakistan: Menggunakan perkataan salaam, dan tunduk dengan tapak tangan kanan di atas dahi.


    3. PELUKAN DAN CIUMAN

    • Masyarakat Hawaii berpelukan dan bertukar – tukar menyebut perkataan “aha”.
    • Mexico pula biasanya berpelukkan dengan beserta perkataan (the abrazo).
    • Kebanyakan lelaki dari seluruh dunia bertukar – tukar ciuman di pipi, dan negara yang mengamalkannya antaranya termasuk Cuba, Portugis, Sepanyol, Itali, Eropah Timur dan Timur Tengah.
    • Maori, New Zealand, ucapan salam yang tradisional termasuk memicit atau menyentuh hisung sesama sendiri (the hongi), dan menangis untuk ucapan selamat datang (the karanga).
    • Taiwan , Korea , Jepun: Memeluk dan penciuman semasa sapaan adalah luar biasa dan kurang diamalkan.Berulang kali mengerlipkan mata pada seseorang adalah dianggap tidak sopan

    4. Sentuhan

    • Filipina : Rakyat Filipina adalah menyentuh berorientasikan masyarakat. Bagi sesama jantina mereka biasa berpegangan tangan di khalayak umum melambangkan persahabatan.
    • Korea : Orang Korea tidak menyentuh berorientasikan masyarakat (terutama untuk pelawat.) Jadi elak menyentuh atau menggunakan gerak badan untuk berkomunikasi.
    • Jepun : Orang Jepun juga tidak menyentuh berorientasikan masyarakat (terutama untuk pelawat.) Jadi elak menyentuh atau menggunakan gerak badan untuk berkomunikasi.
    • China : Orang China juga tidak menyentuh berorientasikan masyarakat (terutama untuk pelawat.) Bagi sesama jantina mereka biasa berpegangan tangan di khalayak umum melambangkan persahabatan.
    • Taiwan : tidak menyentuh berorientasikan masyarakat antara satu sama lain (terutama untuk pelawat.) .Sama juga seperti lain bagi sesama jantina mereka biasa berpegangan tangan di khalayak umum melambangkan persahabatan..

    5.Bahasa Gerak-geri Lain

    • Hubungan mata : => Di Barat ,orang membuat hubungan mata terputus-putus semasa berucap untuk menunjukkan kepentingan dan kebolehpercayaan. => Di Timur Tengah hubungan mata sangat dalam dan berpanjangan bagi melihat seseorang itu memberi sepenuh peratian, dan akan melihat pandangan mata orang lain lebih baik atau tidak. =>Bagaimanapun, di Jepun hubungan mata terus-menerus ditafsirkan seperti satu pencerobohan satu rahsia seseorang dan satu tindakan yang kasar.
    • Senyuman : => Orang Amerika Utara biasanya senyum secara automatik semasa menyapa orang lain, manakala daripada budaya lain mungkin mentafsirkan ini sebagai kecurangan. => Senyuman orang Asia kurang daripada orang barat, dan di Korea ia adalah dianggap tidak sesuai untuk senyum di khalayak ramai. Bagi Rakyat Korea, satu senyuman biasanya menunjukkan keaiban, dan bukan suka.
    • Menggelengkan Kepala: Walaupun biasanya menggelengkan satu kepala daripada sebelah kiri ke kanan adalah sudah biasa menunjukkan "tidak,"tetapi ianya bukanlah memberi maksud yang universal!=> Rakyat Bulgaria menggelengkan kepala mereka untuk menunjukkan persetujuan, dan rakyat daripada selatan India dan Pakistan bergerak kepala mereka daripada sebelah kiri ke kanan untuk menjelaskan sesatu kepada pelbagai makna. Bergantung pada konteks, menggelengkan kepala ini boleh bermaksud "anda adalah dialu-alukan," "selamat tinggal," keseronokan, persamaan perbuatan mengangkat bahu, atau orang itu bersetuju dengan apa yang telah dikatakn oleh seseorang.
    • Postur: Di Timur Tengah, ia adalah terlalu tidak sopan untuk menyilang kaki antara satu kaki ke arah orang yang lain – jadi duduk bersilang kaki adalah mungkin suatu idea buruk!
    • Jarak dan ruang Persendirian: Jumlah ruang persendirian bagi Orang Amerika Utara adalah seperti sedepa satu belah tangan. Di Perancis, Amerika Latin, dan Orang-orang Arab memerlukan ruang persendirian yang kurang , manakala Rakyat Jerman dan Jepun memerlukan lebih banyak runag jarak persendirian. Saiz satu ruang persendirian mungkin juga dipengaruhi oleh taraf sosial, jantina, umur, dan faktor-faktor lain.

    +Rujukan diambil dari laman web seperti:

    1. http://www.medhunters.com/ - Body Language Across Cultures;
    2. http://www.csupomona.edu/~tassi/tassi.htm - TASSI Asian Gestures - Body Language and Nonverbal Communication;
    3. http://www.videojug.com/interview/manners-and-body-language-across-cultures-2

    + Untuk lebih jelas lagi boleh la melayai laman web link dibawah untuk penjelasan berupa video oleh Norine Dresser iaitu merupakan Author, Educator, Folklorist Los Angeles Times CSULA.

    http://www.videojug.com/interview/manners-and-body-language-across-cultures-2

    JENIS - JENIS BAHASA BADAN

    Terdapat beberapa jenis bahasa badan bukan lisan yang dapat dikenal pasti dan telah dikaji oleh pakar-pakar. Merujuk kepada laman web About.com:Physcology, menurut pakar-pakar bahagian yang banyak dalam komunikasi harian kita adalah dari bahasa bukan lisan(nonverbal).Setiap hari, kita menjawab kepada beribu-ribu tanda isyarat badan tanpa berkata-kata dan kelakuan termasuk gerak-geri badan, air muka, pandangan mata, gerak isyarat, dan nada suara. Daripada jabat tangan kita sehinggalah ke fesyen rambut kita, komunikasi bukan lisan mendedahkan gambaran penuh seseorang dan bagaimana ianya berkesan terhadap orang lain.

    Penyelidikan saintifik terhadap komunikasi bukan lisan telah dan gerak geri badan ini telah bermula sejak tahun 1872 penerbitan Charles Darwin The Expression Emotions di Man dan Animals.Selepas itu, ramai yang mula membuat penyelidikan menyeluruh bagi jenis, kesan-kesan, dan pernyataan komunikasi bukan lisan dan gerak-geri badan.Walaubagaimanapun bahasa bukan lisan ini adalah sangat halus dan ianya tidak disedari oleh sesorang tersebut, penyelidikan telah dapat mengenalpasti beberapa jenis perbezaan terhadap komunikasi bukan lisan ini.

    Disini terdapat 8 jenis Komunikasi bukan lisan (Nonverbal Communication):


    1.Mimik Muka(Facial Expression):

    ~ Mimik muka memainkan peranan yg bersar dalam komunikasi bukan lisan. Bayangkan berape banyak maklumat yang boleh disampaikan melalui mimik muka seperti senyuman ataupun berkerut dahi...Manakala komunikasi bukan lisan dan gerak-geri badan boleh berubah secara mendadak dari segi budaya....
    ~Mimik muka untuk menggambarkan kebahagiaan , kesedihan, kemarahan, dan ketakutan adalah serupa segenap pelosok dunia.



    2.Isyarat anggota badan(Gesture).


    ~Gerak-geri dan isyarat badan secara semula jadi atau sengaja adalah penting bagi memberi makna terhadap komunikasi tanpa menggunakan perkataan atau berkata-kata.

    ~Contoh gerak-geri badan: pengibaran tangan,menunjukkan dengan menggunakan jari-jari, isyarat tangan, isyarat mata, dan angkat bahu .



    3. Paralinguistik(Paralinguistics)

    ~Paralinguistik merujuk kepada komunikasi nada suara yang terpisah daripada bahasa sebenar. Ini termasuk faktor seperti tone nada suara, kelantangan, infleksi, dan nada seperti
    tinggi atau rendah . Pengimbangan kesan nada yang sangat kuat itu boleh memainkan peranan bagi makna satu ayat. Bila berkata dalam satu nada suara yang kukuh , para pendengar mungkin akan menafsirkan kelulusan dan keghairahan seseorang itu ketika berkata-kata. Kata-kata yang berupa satu nada teragak-agak ,tersekat-sekat atau rendah mungkin ianya menyampaikan yang seseorang itu tidak setuju dan kurang berminat.

    4. Bahasa Gerak-geri Dan Postur(Body Language and Posture)

    ~Postur dan pergerakan boleh juga menyampaikan satu tawaran hebat kepada sesuatu maklumat. Penyelidikan untuk bahasa gerak-geri telah berkembang dengan meluas sekali sejak 1970’s, tetapi media yang popular telah menumpukan lebih kepada tafsiran keadaan defensif, bersilang lengan, dan silangan kaki . Manakala perlakuan bukan lisan ini boleh menunjukkan perasaan dan sikap seseorang individu tersebut, penyelidikan mencadangkan bahasa gerak-geri itu adalah lebih halus dan dipercayai kurang tetap .
    ~Contohnya: cara duduk, berdiri, lentok badan.



    5. Proksemik(Proxemics)

    ~Setiap orang berhak memilih dan memerlukan ruang untuk bersendirian, dimana ianya juga adalah suatu contoh penting bagi komunikasi bukan lisan. Jumlah jarak yang diperlukan oleh seseorang dan ruang yang diperlukan oleh seseorang itu adalah bergantung kepada sebilangan faktor termasuklah norma-norma sosial, faktor-faktor situasi, ciri personaliti, dan tahap kebiasaan.

    ~Contohnya:

    • jumlah ruang yang diperlukan oleh seseorang individu semasa berbual biasa dengan seseorang individu yang lain adalah antara 18 inchi ke empat kaki.

    • Sebaliknya, jarak peribadi diperlukan ketika berucap bagi berkumpulan adalah sekitar 10 hingga 12 kaki.

    6. Pandangan Mata(Eye Gaze)

    ~Melihat, merenung, dan terkebil-kebil boleh juga merupakan kelakuan bukan lisan yang penting . Apabila seseorng bertemu seseorang individu yang lain atau perkara yang mereka sukai, kadar kerlipan mata meningkat dan muanak mata akan membesar. Renungan pada orang lain boleh menunjukkan pelbagai emosi, termasuk permusuhan atau benci, berminat dan tarikan.
    • Selain itu jika anak mata seseorang melihat keatas sebelah kanan(kiri mereka) ianya bermaksud seseorang itu sedang cuba mengingati sesuatu perkara(Recall memory).


    • Manakala,jika anak mata seseorang melihat keatas sebelah kiri(kanan mereka) pula ianya bermaksud seseorang itu sedang cuba mengigat dan membayangkan dalam bentuk visual/maya.





    8. Rupa luaran(Appearance)

    ~Pemilihan warna, pakaian, fesyen rambut, dan faktor-faktor lain mempengaruhi rupa adalah juga dipertimbangkan satu cara komunikasi tanpa lisan. Penyelidikan terhadap psikologi warna telah menunjukkan yang perbeza warna boleh menggambarkan perasaan yang berbeza. Rupa dan keterampilan seseorang juga boleh merubah reaksi fisiologikal, pandangan orang, dan tafsiran orang ramai.


    + Untuk lebih jelas, bolehlah rujuk pada video dibawah yang diambil di laman web Youtube.com. +Dijelaskan oleh Tonya Reiman berdasarkan hasil tulisannya iaitu Kuasa Bahasa Badan(The Power of Body Language)..





    Tuesday, March 24, 2009

    DEFINISI


    Bahasa badan merupakan komunikasi tentang perasaan, emosi, dan sikap seseorang menerusi pergerakkan badan seperti gerak isyarat, postur, ekspresi muka, cara jalan, kedudukan dan jarak. Dalam kata lain, bahasa badan adalah cara seseorang menyampaikan emosi menerusi pergerakkan badan, melalui bahasa badan, orang lain boleh tahu siapa kita, apa yang kita fikirkan dan apa yang kita rasakan kerana mereka membaca maklumat-maklumat itu lebih baik daripada kata – kata yang kita ucapkan.
    Menurut kamus dari Answer.com : Bahasa badan adalah gerak isyarat, keadaan, dan air muka di mana seseorang yang menunjukkan pelbagai gerak-geri fizik, mental, atau emosi dan komunikasi bukan lisan pada orang lain.
    Bahasa gerak-geri merujuk kepada apa-apa jenis gerakan menyeluruh atau postur, termasuk air muka, yang memberikan satu pesanan kepada pemerhati. Setiap sebahagian dari badan manusia, sama ada dalam keadaan bergerak atau kaku, ianya menyampaikan satu makna yang bergantung di atas keadaan fizik, sosial, dan konteks budaya bagi tindakan. Mesej mungkin dimaksudkan dengan sengaja, dapat diterjemahkan dalam beberapa jenis menerima kod — contohnya apabila satu seseorang berhenti, menggegarkan satu penumbuk, atau angguk kepala — atau mereka mungkin tindakan gerak isyarat adalah secara tidak sengaja , sebagai contoh apabila seseorang merengek atau menangis dengan kuat dalam kesakitan.

    NON VERBAL ‘ BODY LANGUAGE ’

    Mengenalpasti Kemahiran Komunikasi Bukan Lisan iaitu Bahasa Badan (body languange) yang memberi penumpuan kepada :

    BUDAYA

    PENGENALAN:
    Menurut Albert Mehrabian, seorang pengkaji yang merintis kajian tentang bahasa badan sekitar tahun 1950an, dalam komunikasi antara manusia, impak kata-kata dalam menyampaikan sesuatu mesej cuma sekitar 7%. 38% bergantung kepada suara; intonasi, kelantangan dan gaya percakapan. Lebih separuh, iaitu 55% lagi bergantung kepada bahasa badan; memek muka, gerakan tangan dan kaki serta gerakan badan.

    Oleh kerana 93% daripada mesej yang cuba disampaikan dalam komunikasi adalah bukan verbal, bukankah elok kita belajar cara yang betul untuk ‘bertutur’ dan ‘mendengar’ bahasa badan? Banyak yang boleh kita pelajari sebenarnya, kerana kata-kata yang diucapkan orang selalu tak menggambarkan apa yang ada di hatinya.

    Monday, March 16, 2009

    ~Selamat Datang~

    Assalamualaikum dan salam sejahtera....
    Selamat datang ke blog Kumpulan Harmonika
    Blog ini dihasilkan adalah untuk menyempurnakan tugasan terakhir bagi subjek KMN3101 KOMUNIKASI KEMANUSIAAN, dibawah tunjuk ajar pensyarah Pn.Isma Rosila.
    Bagi tugasan yang terakhir ini, setiap kumpulan wajib menghasilkan sebuah blog dan membentangkan tajuk akhir yang dipilih oleh pelajar-pelajar sendiri.
    Dengan ini kumpulan kami sepakat dan sebulat suara memilih tajuk Bahasa bukan lisan - mengenali budaya dalam bahasa badan.
    Diharap pembaca-pembaca sekalian mendapat maklumat dan input yang berguna dari apa yang ingin kami sampaikan melalui blog ini.
    Setiap coretan adalah berpandukan sumber-sumber yang berguna dan boleh dipercayai.

    Sekian.
    +Harmonika+